Cari @ Amanz

Toyota pada minggu lepas telah mengumumkan mereka akan menubuhkan pasukan khas yang memfokuskan kepada pembangunan kenderaan elektrik. Terkini, lanjutan daripadanya, ia dilaporkan Toyota turut menyasarkan untuk membangunkan bateri kenderaan elektrik yang lebih baik.

Pembangunan yang mungkin mengambil masa beberapa tahun ini dikatakan bakal menawarkan jarak pemanduan dan masa bertahan bateri lebih 15% berbanding bateri sedia ada.

Penambah-baikkan ini turut menjadi fokus pelbagai pengeluar kenderaan yang lain dalam usaha memberikan masa pemanduan lebih lama dengan hanya sekali pengecasan penuh.

Toyota sebelum ini turut telah mengatakan mereka akan menubuhkan syarikat khusus memfokuskan pembangunan kenderaan elektrik ini pada Disember ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd