Kecerdasan Buatan Google Kini Boleh Membaca Gerak Bibir – Lebih Hebat Daripada Manusia

Kecerdasan Buatan Google Kini Boleh Membaca Gerak Bibir – Lebih Hebat Daripada Manusia

Diterbitkan pada November 25, 2016 oleh .

Pada tahun ini, Google telah memperlihatkan perkembangan yang sangat baik dalam arena kecerdasan buatan (AI). Kecerdasan buatan Google telah berjaya mengalahkan manusia dalam permainan Go, selain turut boleh meneka apa yang dilakar oleh pengguna, dan sebagainya.

Terkini, pengkaji di Google turut bekerjasama dengan saintis dari Universiti Oxford untuk membangunkan perisian dengan integrasi kecerdasan buatan untuk membaca gerak bibir manusia.

Membaca Gerak Bibir

Untuk menjayakannya, kecerdasan buatan berkenaan telah dilatih untuk menganotasi pelbagai rancangan televisyen. Kecerdasan buatan yang dibangunkan pengkaji dan saintis ini dilihat berjaya mencapai ketepatan sekitar 46.8% dalam menganotasi apa yang disebut.

Untuk perbandingan, bagi video yang sama, pembaca gerak bibir manusia hanya mencapai kadar ketetapan sekitar 12.4% sahaja.

Perkara ini masih pada peringkat kajian lagi buat masa ini, dan mungkin akan terus dilatih dan dibangunkan. Dari segi penggunaan, pembaca gerak bibir ini boleh membantu mereka yang mempunyai masalah pendengaran untuk berkomunikasi dengan lebih efisyen lagi.


TIPS & ULASAN