(Ura-Ura) Oppo Find 9 Bakal Hadir Dengan Snapdragon 835

(Ura-Ura) Oppo Find 9 Bakal Hadir Dengan Snapdragon 835

Diterbitkan pada November 25, 2016 oleh .

Oppo Find 7 telah diperkenalkan pada 2014 yang lepas, dan sejak daripadanya Oppo tidak mengeluarkan kemaskini untuknya sehingga hari ini. Ketika diperkenalkan, ia merupakan salah satu peranti yang mencuri perhatian ramai – membuatkan ramai yang ternanti-nanti pengenalan Oppo Find 9 untuk sekian lama.

Ia telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, dan masih belum hadir sehingga ke hari ini. Daripada perbualan kami sendiri dengan beberapa wakil Oppo, mereka mengatakan Oppo ingin hadir dengan sesuatu yang mengujakan bagi pengguna – membuatkan pelbagai penangguhan dilakukan oleh pengeluar popular dari China berkenaan.

Terkini, desas-desus baru hadir mengatakan Oppo Find 9 kelak akan hadir menggunakan cip Snapdragon terbaru, iaitu Snapdragon 835. Sekiranya perkara ini benar, kita mungkin akan melihatnya sekitar suku pertama 2017 kelak.

Oppo sendiri pada acara MWC 2016 lepas telah memperlihatkan teknologi pengecasan pantas mereka, selain sokongan kamera yang baik. Kedua-duanya ketika itu dikategorikan sebagai masih dalam pembangunan, dan ia belum digunakan oleh sebarang peranti sehingga ke hari ini.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat Find 9 pada awal 2017 kelak, atau ini sekadar desas-desus sahaja?


TIPS & ULASAN