Apple Ditawarkan Insentif Untuk Memasang iPhone Di Amerika Syarikat Oleh Donald Trump

Apple Ditawarkan Insentif Untuk Memasang iPhone Di Amerika Syarikat Oleh Donald Trump

Diterbitkan pada November 25, 2016 oleh .

Direka di California, dipasang di China. Ini ialah tulisan yang wujud di belakang setiap iPhone yang pernah dihasilkan. Menurut biografi Steve Jobs yang ditulis oleh Walter Isaacson, iPhone dihasilkan di China kerana kos yang lebih murah dan fasiliti pengilangan yang lebih berkemampuan berbanding di Amerika Syarikat. New York Times melaporkan Apple ditawarkan pelbagai insentif oleh Donald Trump untuk mengilangkan iPhone di Amerika Syarikat.

Buku Apple

Donald Trump yang akan menjadi Presiden Januari hadapan berbincang dengan Tim Cook untuk memasang iPhone di Amerika Syarikat bagi menghidupkan semula industri pengilangan negara ini. Apple pula dikatakan sedang mempertimbangkan tawaran dalam bentuk pemotongan cukai korporat yang besar.

Kebarangkalian pemasangan iPhone akan kembali ke Amerika Syarikat akan berlaku dalam masa terdekat adalah agak rendah. Mereka baru sahaja memecahkan tanah untuk kilang di India dan pusat penyelidikan di China. Tetapi sekiranya tawaran yang diberikan Trump dapat meningkatkan keuntungan, jangan terkejut sekiranya “Designed in California, Made In America” akan wujud pada iPhone akan datang.


TIPS & ULASAN