iPhone 4 Masih Berfungsi Selepas Terjatuh Di Dalam Tasik Selama Hampir Dua Tahun

iPhone 4 Masih Berfungsi Selepas Terjatuh Di Dalam Tasik Selama Hampir Dua Tahun

Diterbitkan pada November 25, 2016 oleh .

Peranti yang sukar untuk dimusnahkan ialah Nokia 3310. Ia menerima pangkat legenda ini kerana masih boleh berfungsi selepas didera oleh penggunanya. Sebagai seorang mantan pemilik 3310, saya sendiri ada melihat ia terjatuh dari tangga tetapi hanya menunjukkan kerosakan yang kecil. Di Amerika Syarikat kini muncul cerita sebuah iPhone 4 yang masih boleh berfungsi selepas hampir dua tahun terjatuh ke dalam sebuah tasik.

iphone-4-tahan-lasak-2

Peranti milik Michael Guntrum terjatuh ke dalam Tasik Kyle ketika beliau memancing ikan pada Mac 2015. Bulan Oktober lalu peranti ini ditemui terbenam di dalam enam inci lumpur oleh Daniel Kalgren yang sedang memburu harta karun. Selepas pulang iPhone 4 ini dikeluarkan dari kerangka Otterbox dan dikeringkan. Apabila dicas semula ia hidup tanpa sebarang masalah. Daniel Kalgrem berjaya menemui nombor telefon Michael Guntrum dan memulangkannya kepada pemilik asal.

Kombinasi kerangka tahan lasak dan cuaca sejuk dipercayai menjadi sebab iPhone 4 ini dapat bertahan hampir dua tahun di dalam tasik. Kepada pemilik peranti pintar, belilah sebuah kerangka tahan lasak untuk mengurangkan kerosakan sekiranya berlaku kemalangan.


TIPS & ULASAN