Cari @ Amanz

U Mobile sedia popular dengan penawaran Video-Onz yang menawarkan data percuma tambahan kepada para pengguna pelan pascabayar dan prabayar dalam menikmati perkhidmatan penstriman muzik tanpa risau kehabisan data. Terkini, mereka melakukan perkara sama untuk penstriman muzik melalui Music Onz.

Music-Onz

Melalui Music Onz, U Mobile menyokong sebanyak 12 perkhidmatan penstriman muzik buat masa ini, termasuk Spotify, Joox, Tidal dan KKBox. Seperti kebiasaan, U Mobile hanya menawarkan data percuma sahaja, dan pengguna perlu melanggan perkhidmatan penstriman muzik berkenaan secara berasingan (sekiranya berbayar).

Music-Onz

Semua pelanggan pascabayar akan diaktifkan dengan sokongan Music-Onz secara automatik, sementara pelanggan prabayar yang melanggan UMI atau MB akan mendapat langganan Music-Onz ini secara percuma.

U Mobile menekankan yang mana ini adalah promosi masa terhad, dan mereka akan berkongsi lanjut mengenai penawaran Music-Onz ini pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd