Cari @ Amanz

HTC merupakan antara pengeluar yang sering menawarkan kemaskini Android terkini untuk peranti utama mereka setiap tahun. Terkini, dengan pengenalan Android 7.0 Nougat beberapa bulan lepas, hari ini HTC di Amerika Syarikat telah pun mula memperkenalkan kemaskini tersebut untuk pengguna HTC 10.

HTC Nougat

HTC mengatakan mereka telah melalui pelbagai ujian, dan akan mula memperkenalkan kemaskini berkenaan bermula Jumaat ini. Buat masa ini, ia bermula di Amerika Syarikat, dan mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum diperkenalkan untuk rantau Asia Tenggara.

Melalui Android 7.0 Nougat, beberapa fungsi baru dibawakan, termasuk sokongan membuka dua aplikasi pada masa yang sama, selain pengoptimasian pada bateri dan pemprosesan. Selain HTC, Samsung dan Huawei turut dilihat sedang mengujinya, sementara OnePlus mengatakan peranti mereka akan menerimanya pada bulan Disember ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd