(Ura-Ura) Samsung Mungkin Menjual Perniagaan Komputer Kepada Lenovo

(Ura-Ura) Samsung Mungkin Menjual Perniagaan Komputer Kepada Lenovo

Diterbitkan pada November 25, 2016 oleh .

Samsung dalam usaha untuk memfokuskan kepada perniagaan utama, telah mula menjual bahagian perniagaan yang kurang menguntungkan. Sebelum ini, mereka telah menjual bahagian percetakkan kepada HP, dan kini laporan baru hadir mengatakan Samsung dalam perbincangan untuk menjual bahagian perniagaan komputer mereka.

Samsung dikatakan mungkin menjual bahagian perniagaan kepada Lenovo. Untuk makluman, sebelum ini sendiri Samsung telah mula menghentikan jualan komputer mereka di beberapa buah negara, termasuk di Malaysia.

Menurut laporan yang hadir ini, ia dikatakan Samsung telah dalam perbincangan untuk beberapa bulan, dan progresnya adalah amat sedikit.

Untuk Lenovo pula, ini mungkin akan terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena perkomputeran. Sebelum ini, ia turut diperkatakan mereka sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih bahagian perniagaan Fujitsu.


TIPS & ULASAN