VLC Menguji Pemain Media Dengan Sokongan Video 360-darjah

Diterbitkan pada Nov 26, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

VLC 360Video dengan paparan 360-darjah telah menjadi semakin popular akhir-akhir ini, apatah lagi dengan lebih ramai pengeluar kamera 360, selain sokongannya pada laman-laman sosial. Terkini, untuk pengguna yang ingin menikmatinya pada desktop, pihak VLC turut hadir dengan sebuah pemain media khusus, dinamakan sebagai VLC 360.

VLC 360 hadir dalam bentuk Technical Preview buat masa ini, dimana ia masih pada peringkat pembangunan awal. Pengguna boleh memainkan video, selain mengakses gambar 360-darjah menggunakan pemain media ini.

Buat masa ini, ia ditawarkan untuk pengguna Windows dan juga Mac. Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya sendiri dengan memuat-turun ia daripada laman VLC.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami