Cari @ Amanz

Sebuah lagi peranti Oppo dilancarkan di China minggu ini dan ia adalah Oppo A57. Peranti kelas permulaan ini mempunyai skrin 5.2″ LCD HD, diperkasakan pemproses Snapdragon 435, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama pada panel belakang sebesar 16-Megapixel f/2.0 dan dipadankan dengan kamera selfie 13-Megapixel f/2/2.

oppo-a57-1

Melengkapi spesifikasi ialah bateri 2900 mAH yang mengecas peranti menggunakan port MikroUSB. Android Marshmallow digunakan dengan pelancar Color OS 3.0. Dua pilihan warna diberikan iaitu emas dan ros merah. Ia akan mula dijula Disember hadapan pada harga RMB 1599 (~RM 1033) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd