Galaxy Note 5 Korea Selatan Menerima Kemas Kini Antaramuka Grace UX Note 7

Galaxy Note 5 Korea Selatan Menerima Kemas Kini Antaramuka Grace UX Note 7

Diterbitkan pada November 26, 2016 oleh .

Grace UX ialah antaramuka yang digunakan oleh Samsung Galaxy Note 7. Ia mempunyai rekaan yang lebih minimalis dan kemas jika dibandingkan dengan antaramuka Samsung sebelum ini. Bagi pengguna Galaxy Note 5 di Korea Selatan, mereka menjadi penerima pertama kemas kini Grace UX di dunia. Kemas kini ini mula diterima beberapa hari yang lalu dan lebih awal dari pemilik S7 dan S7 Edge.

galaxy-note-5-grace-ux-1Sungguhpun begitu kemas kini hanya berlaku pada rupa pelancar. Note 5 ini masih lagi tidak menerima kemas kini ke Android Nougat. Kepada pemilik S7 dan S7 Edge, kemas kini Nougat dengan Grace UX dijangka akan diterima seawal bulan hadapan. Kemas kini Grace UX untuk Note 5 ini besar kemungkinan adalah langkah Samsung untuk mengubati kekecewaan pemilik Note 7 yang terpaksa menggunakan Note 5 tahun ini.


TIPS & ULASAN