Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S8 akan dilancarkan seawal Mac tahun hadapan. Pelbagai ura-ura mula didengari mengenai peranti utama ini. Antaranya ialah penggunaan pemproses Snapdragon 835 yang dihasilkan sendiri oleh Samsung. Ura-ura terbaru yang didengari ialah ia akan mempunyai pembantu maya dengan dua jantina berbeza. Sebelum ini kami sudahpun melaporkan pembantu maya Bixby.

samsung-kestra-1Samsung memfailkan tanda niaga baru untuk perisian pembantu maya dengan nama Kestra. Spekulasi mengatakan ini ialah nama untuk pembantu maya versi wanita. Bixby dan Kestra akan menggunakan teknologi pembantu maya Viv yang diambil alih oleh Samsung tahun ini.

Viv dibangunkan oleh pembangun asal Siri yang digunakan pada peranti iOS sekarang. Google tidak akan memberikan Google Assistant kepada peranti bukan Pixel. Bixby dan Kestra besar kemungkinan akan menjadi pengganti kepadanya pada peranti Samsung di masa hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd