Cari @ Amanz

Terdapat beberapa laman di arena internet yang memfokuskan untuk memudahkan pengguna membuat resume. Terkini, dengan fungsi yang lebih kurang sama, tetapi lebih memfokuskan kepada pengaturcara dan juga pereka grafik daripada salah seorang pembangun tempatan adalah HireMe.

Melalui HireMe, sesiapa sahaja boleh mendaftarkan akaun percuma, dan melihat resume pengguna lain, atau membuat resume anda sendiri. Memandangkan ia memfokuskan kepada pereka grafik dan juga pengaturcara, laman HireMe ini hanya mengehadkan pilihan kepakaran seseorang kepada beberapa kategori sahaja seperti PHP, HTML, CSS, UX, UI dan sebagainya.

HireMe

Disamping membuat resume sendiri, pengguna juga turut boleh melihat resume dan kepakaran pengguna lain yang turut berdaftar di laman berkenaan. Perkara ini mungkin memudahkan seseorang pengaturcara atau pereka grafik atau sesiapa sahaja merujuk laman ini sekiranya ingin mendapatkan khidmat daripada mereka.

Setiap resume juga hadir dengan sokongan pautan khusus yang boleh dikongsikan bersama lain melalui laman sosial dan sebagainya.

Menurut pembangunnya, Mohd Izuddin, laman ini kelak akan turut mengintegrasikan beberapa ciri-ciri tambahan lain termasuk sokongan untuk mencetak dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan akaun percuma anda hari ini, dan mula membuat resume anda melaluinya.

HireMe

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd