RunCloud Memenangi JomLaunch 4.0 – Perkhidmatan Pengurusan Berasaskan Web Untuk Pelayan

RunCloud Memenangi JomLaunch 4.0 – Perkhidmatan Pengurusan Berasaskan Web Untuk Pelayan

Diterbitkan pada November 26, 2016 oleh .

JomLaunch merupakan salah satu acara yang diadakan dan dianjurkan oleh komuniti tempatan, dimana pelbagai projek daripada pembangun tempatan diperlihatkan dan dilancarkan ketika JomLaunch. Pada JomLaunch 4.0 yang diadakan pada hari ini, sejumlah projek baru turut telah dipertontonkan, dan memenangi pilihan hati penganjur adalah perkhidmatan yang dinamakan sebagai RunCloud.

RunCloud

RunCloud merupakan perkhidmatan berasaskan web yang menawarkan panel pengurusan untuk pelayan anda. Para pembangun boleh menggunakannya dengan mudah untuk membuat tetapan pelayan, dan tidak lagi sukar seperti kebiasaannya – terutamanya untuk aplikasi dan perkhidmatan berasaskan PHP menggunakan pelayan awan.

Sekiranya anda merupakan salah seorang pembangun, anda boleh mencuba RunCloud secara percuma hari ini, selain berpeluang untuk menguji fungsi premium yang ditawarkan selama 15 hari tanpa sebarang bayaran.

Layari : RunCloud


TIPS & ULASAN