JomLaunch 4.0 Memperlihatkan Pelbagai Projek Menarik Daripada Pembangun Tempatan Dilancarkan

JomLaunch 4.0 Memperlihatkan Pelbagai Projek Menarik Daripada Pembangun Tempatan Dilancarkan

Diterbitkan pada November 26, 2016 oleh .

JomLaunch merupakan salah satu acara yang diadakan beberapa kali setahun dalam usaha mengalakkan para pembangun tempatan hadir dengan projek-projek tersendiri dan lancarkannya pada acara berkenaan. Hari ini, JomLaunch 4.0 telah diadakan, sekaligus menjadi penutup untuk tahun 2016.

Melalui acara yang diadakan hari ini, sejumlah projek telah dilancarkan, dan antaranya adalah:

  • Eraxen – perkhidmatan yang menawarkan perlindungan daripada malware.
  • MMS – sistem pengurusan untuk kelab automotif.
  • RunCloud – perkhidmatan yang menawarkan pengurusan berasaskan web untuk pelayan.
  • Bytetuta – bot untuk pengguna beragama Islam. Masih belum dibuka untuk umum buat masa ini.
  • MyTix – sistem pengurusan untuk jualan tiket.
  • MyClinic2U – sistem pengurusan klinik.
  • Ninja Idempire – sistem pengurusan syarikat.
  • SplateSaaS Boilerplate.
  • Soding – perkhidmatan yang memudahkan pencarian pekerja, dilengkapi sokongan kecerdasan pintar.
  • Whatstivity – perkhidmatan media sosial untuk kawasan kejiranan.
  • Telebuzz – platform pembangunan bot untuk Telegram.
  • CerdikApp – Aplikasi yang menawarkan komunikasi antara ibu bapa dan guru, selain pemantauan aktiviti pelajar.
  • MIND – Pembangunan kenderaan bergerak automatik untuk digunakan dalam kilang.
  • Robot Jualan – platform pembangunan bot untuk pengurusan jualan atas-talian.
  • Eksplorazi – Permainan 3D untuk tujuan pendidikan, dilengkapi sokongan AR.
  • Terapi.my – Perkhidmatan yang menghubungkan tukang urut dengan pengguna.
  • Go.my – Perkhidmatan yang menghubungkan pengguna dengan pembantu pelancong.
  • HireMe – Platform untuk membina dan berkongsi resume untuk pembangun dan pereka-grafik.

TIPS & ULASAN