Viral di media sosial sejak semalam bahawa Instagram kini akan memberikan notifikasi sekiranya terdapat individu yang menggunakan fungsi screenshot untuk merakam gambar anda. Berita ini sebenarnya kurang tepat.
Notifikasi hanya akan diterima sekiranya rakaman skrin mesej peribadi yang luput selepas 24 jam yang dihantar diambil. Fungsi mesej luput 24 jam ini diperkenalkan kepada sesetengah pengguna serentak dengan fungsi melakukan penstriman langsung awal minggu ini.. Sistem notifikasi ini adalah sama seperti yang wujud pada aplikasi Snapchat. Ini ialah bagi memudahkan anda mencari Judas Iscariot yang menyebarkan mesej peribadi anda di masa hadapan.