(Dikemaskini) Malware Disebar Melalui Gambar Menggunakan Facebook Dan LinkedIn

(Dikemaskini) Malware Disebar Melalui Gambar Menggunakan Facebook Dan LinkedIn

Diterbitkan pada November 27, 2016 oleh .

Malware berbentuk ransomware antara yang popular akhir-akhir ini, dimana ia menjangkiti pelbagai fail dan dokumen pada sistem komputer anda. Seterusnya, anda akan diminta untuk membayar sebelum dapat mengakses dokumen atau fail berkenaan.

Terkini, pengkaji bebas mendapati terdapat sebuah malware yang disebarkan melalui laman sosial seperti Facebook dan juga LinkedIn. Penyebaran malware ini dilakukan melalui gambar pada laman sosial berkenaan, dimana ia menyertakan kod hasad pada fail gambar berkenaan, dan akan meminta pengguna untuk memuat-turun fail tambahan.

Pengguna boleh mengelak daripada dijangkiti malware ini dengan tidak memuat-turun atau membuka fail yang dimuat-turun berkenaan. Sekiranya anda terbuka, maka ia akan menjangkiti pelbagai fail, dan ia akan melalui penyulitan sehingga anda membayar untuk membukanya.

Pengkaji sekuriti berkenaan mengatakan mereka telah memaklumkan pihak Facebook dan LinkedIn mengenai masalah kerentanan ini sejak September lepas, dan tidak diketahui mengenai ia sudah diatasi atau tidak.

Apa pun, sekiranya anda menerima notifikasi untuk sebarang muat-turun atau termuat-turun sesuatu fail yang mencurigakan tanpa sedar, ada baiknya jangan membuka ia. Anda juga boleh menyemak fail yang mencurigakan melalui VirusTotal untuk melihat sama ada ia mempunyai malware atau sebaliknya.

Dikemaskini: : Pihak Facebook mengatakan ia melibatkan pemalam Chrome khusus yang telah dihalang oleh pihak Facebook.


TIPS & ULASAN