Najib Sekali Lagi Menggalakkan Penguasaan Dalam Bidang Sains Data

Najib Sekali Lagi Menggalakkan Penguasaan Dalam Bidang Sains Data

Diterbitkan pada November 28, 2016 oleh .

Bergerak ke hadapan, mungkin ramai dalam arena teknologi sedia maklum yang mana Big Data merupakan salah satu fokus industri. Selari dengannya, kini perdana menteri Malaysia mengalakkan ramai anak muda untuk turut menyertai dalam belajar dan menguasai bidang sains data.

Perdana Menteri sendiri menekankan yang mana saintis data adalah “pekerjaan masa depan” – memperlihatkan permintaan untuknya akan meningkat dengan drastik dari tahun ke tahun.

Perkara ini juga selari dengan pelbagai syarikat yang kini memfokuskan kepada pemprosesan data, selain arena kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan sebagainya.

Pengumuman ini juga selari dengan tahun 2017 yang dilabelkan sebagai Tahun Ekonomi Digital Malaysia. Beberapa tahun sebelum ini, Perdana Menteri turut telah mengumumkan perkara mengenainya, malah mengalakkan penawaran biasiswa daripada JPA dan MARA dalam membolehkan lebih ramai pelajar menguasai bidang berkenaan.

Ia juga pernah diperkatakan, Malaysia mungkin perlukan sekitar lebih 10,000 saintis data menjelang tahun 2020 kelak.


TIPS & ULASAN