Cari @ Amanz

Di pasaran tempatan terdapat pelbagai tablet yang ditawarkan kepada pengguna. Tablet dapat melakukan kerja ringkas seperti menyunting dokumen, menghantar email malah sedikit sebanyak berupaya menggantikan komputer riba untuk tugas diatas. Salah satu penawaran terbaru Huawei untuk pasaran tempatan adalah Huawei MediaPad M3 dan lebih menarik lagi mereka menawarkan tiga ciri-ciri yang tidak terdapat pada tablet flagship yang lain.

Paparan 2K

huawei-mediapad-m3-img_0211

Tablet yang hadir pada saiz dan bentuk lebih praktikal ini adalah disebabkan paparannya yang hadir pada nisbah 16:9, dan membuatkan tontonan video menjadi lebih cantik, tanpa sebarang pembaziran ruang. Bukan setakat itu, paparannya pula adalah sebesar 2K 2560×1600 359ppi. Jika dilihat dari ketumpatan ppi, ia lebih tinggi dari iPad yang hanya mempunyai 324ppi malah dengan resolusi sedikit rendah iaitu 2048×1536.

Selain dari bilangan dan ketumpatan pixel yang lebih tinggi, ruang tontonan video yang terdapat pada M3 adalah 27% lebih besar dari iPad Mini 4. Memandangkan semakin hari semakin banyak video 2K tersedia di YouTube sekaligus membolehkan anda menontonnya pada kualiti yang lebih tinggi dan cantk.

mediadisplayarea-m3

Pembesar Suara Harman Kardon 3D dual-speaker

mediapad-m3-dsc09241 mediapad-m3-dsc09225

Memandangkan tablet mempunyai pelbagai kegunaan, dari melakukan tugasan ringkas sehinggalah menonton video dan bermain game, adalah penting untuk peranti sebegini mempunyai pembesar suara yang berkualiti bagi mengiringi kualiti visual yang hebat. Pembesar suara yang terdapat pada Huawei MediaPad M3 terletak pada dua posisi memberikan kualiti stereo padanya, tidak seperti yang terdapat pada tablet lain malah iPad sendiri tidak mempunyai pembesar suara stereo. Selain dari itu, teknologi audio S.W.S (Super Wide Sound 3.0) serta pelopor teknologi audio Harman Kardon disertakan pada pembesar suara ini, memberikan kualiti audio yang lebih bagus.

Sebagai perbandingan, jika anda menetapkan tahap maksimum pada Huawei MediaPad M3 dan juga iPad Mini 4, M3 50% lebih kuat bunyinya berbanding iPad Mini 4. Satu lagi perkara dengan teknologi audio sebegini, adalah bunyi peluru yang bergerak dari kiri ke kanan skrin, akan turut kedengaran menerusi pembesar suara stereo peranti ini.

RAM 4GB

huawei-mediapad-m3-img_0207

Banyak telefon pintar telah mula menggunakan RAM sebesar 4GB, namun lain pula situasinya bagi tablet. Tablet flagship seperti iPad juga tidak mempunyai RAM sebanyak 4GB, melainkan anda membeli variasi termahal namun masih mempunyai kekurangan dari segi visual dan audio. Huawei MediaPad M3 menyertakan RAM sebesar 4GB, sekaligus membuatkan aplikasi bergerak lebih lancar dan pantas, memberikan pengalaman menggunakannya jauh lebih baik dari yang lain.

Ini jauh lebih bagus dari iPad Mini 4 yang hanya mempunyai 2GB RAM dan Samsung Galaxy Tab yang hanya mempunyai 3GB RAM sahaja.

Kapasiti bateri yang sangat tinggi

Tablet merupakan peranti yang mempunyai pelbagai kegunaan, dan ia harus bertahan lebih lama dari telefon pintar. Ini kerana fungsinya yang pelbagai dan versatil, dapat diharapkan untuk melakukan bermacam urusan.

mediapad-m3-dsc09290

Bagi Huawei MediaPad M3, ia mempunyai bateri sebesar 5,100 mAh, satu kapasiti yang tinggi melebihi mana-mana tablet flagship  yang lain. Menurut Huawei, pada kapasiti bateri tersebut pengguna boleh melayari internet pada kelajuan 4G selama 9 jam, menonton video HD penuh sepanjang 11 jam, atau bersembang memanggil rakan pada capaian 3G selama 31 jam, dan juga 42 jam mendengar lagu secara berterusan.

Jika anda menaiki penerbangan yang tidak menyertakan siri drama kegemaran anda, untuk 11 jam tersebut anda sudah pasti boleh menghabiskan 11 episod rancangan yang tempoh tontonannya kurang dari 1 jam setiap episod.

Perkhidmatan selepas jualan yang bagus

Salah satu dilema pengguna apabila membeli peranti adalah khidmat selepas jualan. Adalah penting untuk memastikan pelaburan yang dilakukan memberikan pulangan, dan turut diberikan jaminan untuknya. Huawei memberikan perkhidmatan selepas jualan yang bagus untuk MediaPad M3 ini.

Huawei MediaPad M3

Menariknya mereka memberikan jaminan setahun dengan penukaran satu-ke-satu dalam tempoh ini. Sekiranya pembeli berada di Kuala Lumpur, peranti tersebut boleh dihantar terus ke rumah tanpa caj penghantaran. Dalam tempoh setahun juga, pengguna ditawarkan dengan perkhidmatan membersihkan peranti sebanyak dua kali. Pembeli peranti ini juga boleh menghubungi talian yang khusus disediakan iaitu: 1800-22-0086 setiap hari termasuk hari akhir minggu, dari jam 9AM sehingga 9PM.

Dengan perkhidmatan selepas jualan yang ditawarkan Huawei seperti diatas, jenama flagship lain tidak mungkin dapat menandingi tawaran mereka.


Sesungguhnya tiga ciri-ciri yang terdapat pada Huawei MediaPad M3 ini tiada pada tablet lain pada kelasnya. Jika ada sekalipun, ia memerlukan anda berbelanja lebih untuknya, dan mungkin mengurangkan nilai pulangan terhadap apa yang dibelanjakan. Huawei MediaPad M3 ini ditawarkan pada dua variasi, iaitu dengan kapasiti storan 32GB pada harga RM 1,699, manakala kapasiti storan 64GB ditawarkan pada harga RM 1,999.

Penafian: Advertorial dari Huawei

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd