Cari @ Amanz

Apple pada tahun ini telah menawarkan kemaskini untuk keluarga komputer riba mereka, namun, terdapat beberapa masalah yang dilaporkan mengenainya. Tidak lama sebelum ini kita telah mendengar mengenai masalah melibatkan trackpad, dan kini beberapa pengguna awal turut melaporkan masalah melibatkan GPU.

Masalah ini dikatakan melibatkan MacBook Pro bersaiz 15-inci yang hadir dengan sama ada GPU yang diintegrasikan atau sebaliknya. Spekulasi awal mengatakan ia melibatkan masalah driver.

Beberapa pengguna mengatakan ia berlaku ketika sedang membuat penyuntingan media, tetapi ada juga mengatakan masalah ini berlaku ketika mereka sedang menggunakan aplikasi Photos dan Siri.

Buat masa ini, masalah ini seperti melibatkan MacBook Pro 2016 yang digunakan oleh para pengguna fasa awal sahaja. Pihak Apple masih tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara ini buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd