Carian
Komputer Riba Memfokuskan Permainan Video Daripada HP Kini Di Malaysia
November 28, 2016 Aman

Dengan pelbagai pengeluar memfokuskan peranti dengan fokus terhadap permainan video, pihak HP turut tidak ketinggalan melalui keluarga komputer riba HP Omen. Kini, ia dilihat komputer riba HP Omen Gaming Notebook telah pun mula dijual di Malaysia.

HP Omen Gaming Notebook

Model yang ditawarkan buat masa ini adalah HP Omen Gaming Notebook bersaiz 15-inci, dan dijual pada harga RM4499. Ia dilengkapi skrin 15.6-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan Intel Core i7-6700HQ, kad grafik GeForce GTX 960M/950M, sokongan audio daripada Bang & Olufsen, memori 8GB RAM, serta ruangan storan gabungan 1TB SATA dan 128GB SSD.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman jualan HP Malaysia hari ini, dan membuat tempahan melaluinya.

Komen