Cari @ Amanz

Xiaomi merupakan salah satu syarikat pengeluar peranti dari China yang terkenal dengan penawaran telefon pintar mereka pada harga jauh lebih rendah berbanding pesaing. Walaupun ditawarkan pada harga murah, namun pada tahun ini, disebabkan oleh persaingan tinggi, Xiaomi dilihat memperlihatkan penurunan angka jualan telefon pintar di China.

Walaubagaimanapun, ia dilaporkan tidak akan memberikan sebarang impak terhadap Xiaomi. Perkara ini adalah disebabkan oleh Xiaomi yang tidak menjana keuntungan melalui jualan telefon pintar.

Akhir-akhir ini juga, Xiaomi dilihat menyertai pelbagai arena lai – terutamanya peranti berhubung. Selain di China, Xiaomi juga turut memfokuskan pasaran India.

Secara kasar, ia dilihat Xiaomi ingin menawarkan telefon pintar sebagai pengawal untuk pelbagai peranti berhubung. Ini mungkin membuatkan mereka sanggup mengambil risiko untuk menawarkan peranti pada harga hampir harga kos, dan tidak begitu menjana keuntungan melaluinya, sebaliknya menghasilkan wang untuk syarikat melalui perkhidmatan dan produk berhubung lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd