KFit Mengambil-Alih Groupon Malaysia – Akan Melalui Peralihan Menjadi Fave

KFit Mengambil-Alih Groupon Malaysia – Akan Melalui Peralihan Menjadi Fave

Diterbitkan pada November 28, 2016 oleh .

KfitKFit telah sedia mengambil-alih Groupon Indonesia beberapa bulan lepas, dan terkini, hari ini mereka mengumumkan pengambil-alihan Groupon Malaysia. Pengambil-alihan ini akan memperlihatkan peralihan Groupon Malaysia menjadi Fave pada awal 2017 kelak.

KFit Group popular dengan penawaran untuk kecergasan mereka melalui laman KFit, selain turut mempunyai penawaran Fave yang menawarkan kemudahan untuk pengguna mendapatkan diskaun untuk makanan, dan spa. Dengan pengambil-alihan Groupon Malaysia ini, mereka akan memperluaskan kategori penawaran baru pada Fave, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena O2O (online-to-offline).

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh mereka buat masa ini. Untuk makluman, KFit telah dimulakan oleh Joel Neoh – orang sama yang telah memulakan Groupsmore yang diambil-alih oleh Groupon untuk menjadikan Groupon Malaysia.


TIPS & ULASAN