Samsung Gear S3 Dilaporkan Berharga Bermula RM1399 Di Malaysia

Samsung Gear S3 Dilaporkan Berharga Bermula RM1399 Di Malaysia

Diterbitkan pada November 28, 2016 oleh .

Samsung Malaysia nampaknya sudah dalam perancangan untuk memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka, Samsung Gear S3 untuk pasaran tempatan. Melalui perkongsian di TheStar hari ini, Samsung Gear S3 akan dijual pada harga RM1399 di Malaysia sekitar minggu pertama bulan Disember 2016 ini.

Samsung Gear S3 akan hadir dalam dua variasi, iaitu Gear S3 Frontier dan juga Gear S3 Classic. Ia tidak diketahui lagi sama ada harga RM1399 ini untuk kedua-dua versi atau hanya satu variasi sahaja. Pihak Samsung tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya buat masa ini.

Samsung Gear S3

Kedua-duanya hadir dengan rekaan muka-jam bulat, dimana Gear S3 Frontier menawarkan rekaan yang lebih rugger. Kedua-duanya juga menjalankan sistem operasi Tizen, dan boleh digunakan bersama pelbagai peranti Android di pasaran.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 1.3-inci Super AMOLED pada resolusi 360×360 dengan cip dwi-teras 1.0Ghz, memori 768MB dan ruangan storan terbina 4GB. Ia menggunakan skrin yang dilengkapi teknologi Corning Gorilla Glass SR+.

Gear S3

Pihak Samsung Malaysia masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan Gear S3 ini, dan dijangka melakukannya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN