Cari @ Amanz

Lenovo pada tahun ini telah hadir dengan beberapa produk menarik mereka, termasuk antaranya adalah Lenovo Yoga Book dan juga telefon pintar berasaskan teknologi Tango dari Google, iaitu Lenovo Phab 2 Pro. Kini, Lenovo Malaysia menyasarkan untuk melancarkan kedua-dua poduk berkenaan secara rasminya di Malaysia pada minggu hadapan, 7 Disember 2016.

Yoga Book_004

Lenovo Yoga Book merupakan komputer riba dari Lenovo yang hadir dengan menggunakan skrin sentuh dan juga papan kekunci sentuh dinamakan Halo Keyboard. Halo Keyboard ini boleh digunakan untuk menaip, dan pada masa yang sama diubah untuk digunakan bagi tujuan lakaran dengan mudah menggunakan sebuah stylus khusus untuknya.

Sementara, Lenovo Phab 2 Pro pula adalah telefon pintar bersaiz 6.4-inci dilengkapi cip Snapdragon 652, kamera 16-megapixel dibelakang, serta bateri berkapasiti 4050mAh. Apa yang menjadi fokus pada peranti ini adalah sokongan teknologi Tango daripada Google – membolehkan pengguna menggunakannya bersama-sama teknologi Augmented Reality.

Kedua-dua produk ini bakal dilancarkan pada 7 Disember ini, dan kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada tarikh berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd