Apple Dilaporkan Akan Membuka Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Di Indonesia

Apple Dilaporkan Akan Membuka Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Di Indonesia

Diterbitkan pada November 28, 2016 oleh .

Apple sebelum ini telah mula memperluaskan pusat penyelidikan dan pembangunan mereka di beberapa negara Asia, termasuk India dan China. Terkini, menurut laporan baru, Apple dikatakan bakal membuka pusat penyelidikan dan pembangunan di Indonesia.

Apple dikatakan telah mencadangkan beberapa lokasi di Jakarta, dan akan memulakan pembangunan serta pengambilan pekerja bermula daripada penghujung Disember kelak.

Dengan membuka pusat penyelidikan dan pembangunan di Indonesia, ia secara tidak langsung akan memperbanyakkan lagi kandungan dan pembangunan dari negara berkenaan untuk platform Apple.

Pembukaan ini juga dikatakan selari dengan tetapan daripada kerajaan Indonesia yang mempunyai beberapa kriteria sebelum sesuatu jenama boleh menjual produk LTE mereka di negara berkenaan.


TIPS & ULASAN