FaceCradle – Bantal Untuk Memudahkan Tidur Ketika Mengembara

FaceCradle – Bantal Untuk Memudahkan Tidur Ketika Mengembara

Diterbitkan pada November 28, 2016 oleh .

Tahun ini sidang redaksi Amanz terbang ke empat penjuru dunia bagi memberikan anda laporkan terkini secara terus. Ini menyebabkan kami terpaksa menghabiskan ratusan jam di dalam pesawat. Adalah amat sukar untuk tidur dengan selesa terutamanya di dalam penerbangan yang memakan masa melebihi 14 jam. Tengkuk menjadi sakit dan kekurangan tidur menjejaskan prestasi melaporkan berita.

facecradle-2FaceCradle ialah bantal yang mungkin boleh kami gunakan untuk membolehkan kami tidur ketika di dalam pesawat. Bantal lima dalam satu membolehkan pengguna tidur di dalam lima posisi berbeza. Apabila diikat pada kerusi ia membolehkan kepala ditopang seperti sedang berbaring di atas meja urut. Terdapat juga mod untuk ia dijadikan bantal yang digunakan secara sisi. Bantal untuk pengembara ini dijual pada harga AUD 59 (RM 200) sebuah


TIPS & ULASAN