Cari @ Amanz

Bersempena dengan ulang-tahun ke-10 sejak iPhone diperkenalkan, semestinya ramai yang menantikan kejutan yang bakal dibawakan oleh Apple. Selain beberapa desas-desus sebelum ini, kini WSJ melaporkan Apple mungkin hadir dengan iPhone menggunakan skrin melengkung seawal tahun hadapan.

Menurut laporan WSJ, Apple sedang menguji sekitar 10 prototaip berbeza untuk iPhone baru. Hal ini sekaligus memperlihatkan mereka akan menguji pelbagai perkara baru, termasuk akan membuatkan kita mendengar pelbagai perkara berbeza sehingga iPhone akhir diperkenalkan sekitar September.

Daripada 10 iPhone yang diuji, ia dikatakan salah satunya menggunakan skrin melengkung. Memandangkan Apple menguji sejumlah besar prototaip, maka terdapat kemungkinan yang mana iPhone dengan skrin melengkung ini tidak akan dilancarkan.

Buat masa ini, terdapat beberapa peranti yang menggunakan skrin melengkung, termasuk antaranya adalah Samsung, dan Huawei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd