Carian
iPad Baru Bersaiz 10.9-inci Mungkin Tidak Menyertakan Butang Home Di Hadapan
November 29, 2016 Aman

Beberapa desas-desus sedia mengatakan Apple akan hadir dengan tiga variasi saiz untuk iPad pada tahun hadapan, termasuk salah satunya adalah iPad bersaiz 10.9-inci. Kini, laporan lanjutan hadir, mengatakan iPad bersaiz 10.9-inci ini mungkin tidak akan menyertakan butang Home fizikal.

iPad bersaiz 10.9-inci ini dikatakan akan membawakan saiz fizikal sebesar iPad bersaiz 9.7-inci yang terdapat di pasaran hari ini, tetapi dengan menggunakan rekaan bingkai yang lebih nipis, ia bakal menawarkan skrin sebesar 10.9-inci. Mungkin perkara ini juga membuatkan Apple akan membuang butang fizikal dan menggantikan ia dengan fungsi lebih kurang sama disebalik kaca.

Dengan perubahan ini, iPad baru dikatakan mungkin sedikit tebal – tetapi mungkin tidak jauh bezanya berbanding iPad hari ini. Apple dijangka memperkenalkan tablet terbaru mereka pada pertengahan pertama 2017 ini.

Komen