Google Dijangka Menjual Sehingga 5 Juta Peranti Pixel Tahun Hadapan

Google Dijangka Menjual Sehingga 5 Juta Peranti Pixel Tahun Hadapan

Diterbitkan pada November 29, 2016 oleh .

Peranti Google Pixel dan Pixel XL masih belum memasuki pasaran Malaysia. Di pasaran lain ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga Google menghadapi masalah memenuhi permintaan. Kombinasi perisian terkini dan kawalan ke atas spesifikasi membuahkan hasil bagi Google yang sudah bertahun mengalami kekecewaan dengan peranti Nexus.

Google PixelFirma kewangan Morgan Stanley mengeluarkan ramalan sehingga 5 Juta Pixel akan terjual pada tahun hadapan. Mereka turut mengatakan 3 Juta Pixel akan terjual sehingga penghujung 2016. Ini akan memberikan nilai jualan mencecah $3.8 Billion (~RM 17 Billion) . Pixel menerima banyak pujian dari pengulas dan juga pengguna. Percaturan Google untuk menghasilkan peranti sendiri ala Apple nampaknya akan membuahkan hasil yang lumayan.

Artikel Berkaitan – Pandang Pertama Google Pixel XL


TIPS & ULASAN