iFlix Mengembangkan Operasi Ke Maldives

iFlix Mengembangkan Operasi Ke Maldives

Diterbitkan pada November 29, 2016 oleh .

iFlix ialah perkhidmatan penstriman video yang popular di Malaysia dan bersaing dengan dengan Netflix. Dari segi penawaran iFlix kini di hadapan kerana menawarkan lebih banyak rancangan dan kelebihan dari segi kandungan tempatan.

iFlix Playlist

Perkhidmatan mereka kini berkembang ke Maldives. Ini menjadikannya negara ke tujuh menerima perkhidmatan iFlix selepas Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Sri Lanka dan Brunei Di Maldives ia ditawarkan pada harga MVR 45 (~RM 13) sebulan ataupun MVR  430 (~RM 125) setahun. Ini adalah sedikit lebih mahal berbanding RM 8 sebulan ataupun RM 96 setahun. Perkhidmatan iFlix akan diperkenalkan lagi di beberapa negara lain dalam masa beberapa bulan akan datang.


TIPS & ULASAN