Carian
Samsung Galaxy S8 Mungkin Hadir Dengan RAM 6 Gigabyte Dan Storan 256 Gigabyte
November 29, 2016 Effi Saharudin

Pelbagai ura-ura mengenai Samsung Galaxy S8 didengari sejak kebelakangan ni. Bagi insan sinikal, ia dikatakan taktik untuk membuatkan orang ramai lupa tentang masalah yang melanda Note 7. Bagi yang optimis ia memberikan harapan S8 akan membawakan lebih banyak penambahbaikan berbanding S7 yang sehingga ini masih lagi antara peranti terbaik 2016.

Samsung 6GB DDRAM

Ura-ura terkini muncul dari China. Galaxy S8 dikhabarkan mungkin hadir dengan versi RAM sebesar 6 Gigabyte dan storan 256 Gigabyte. Saiz RAM yang besar adalah bagi menyaingi peranti dari pengeluar China seperti LeEco dan OnePlus yang turut mempunyai peranti dengan saiz RAM yang sama. Storan 256 Gigabyte pula bagi menyaingi penawaran iPhone 7 dengan pilihan storan yang sama.Malahan Samsung sudahpun menghasilkan modul RAM sebesar 6 Gigabyte sebelum ini.

Seperti biasa ura-ura tidak harus dipandang serius. Tetapi sekiranya mengikut trend semasa, penggunaan RAM dan storan yang besar seperti di atas mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menjadi realiti.

Komen