Cari @ Amanz

Mutiara Naga (Dragonball) ialah siri manga dan anime yang cukup popular di dunia. Siri ciptaan Akira Toriyama ini mempunyai pelbagai produk yang boleh dimiliki oleh peminat. Kini Bandai menghasilkan radar mencari Mutiara Naga yang digunakan oleh Bulma.

dragon-ball-radar-4

Radar ini mempunyai sistem pengesan Mutiara Naga olok-olok. Lampu akan berkelip dan berubah mengikut pergerakan pengguna. Pada waktu yang sama terdapat juga beberapa rakaman dialog suara Bulma dari siri Anime. Akhir sekali lagu tema dan akhir anime Mutiara Naga turut disertakan. Radar ini akan mula dijual 31 Januari 2017 pada harga Yen  10800 (RM 430) sebuah. Kepada peminat ini mungkin replika yang boleh melengkapkan koleksi mereka atau menjadi prop untuk cosplay.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd