Kemaskini iOS 10.1.1 Mendatangkan Masalah Bateri Kepada Sebilangan Pengguna iPhone

Kemaskini iOS 10.1.1 Mendatangkan Masalah Bateri Kepada Sebilangan Pengguna iPhone

Diterbitkan pada November 29, 2016 oleh .

Kemas kini yang pantas dan mudah ialah penyebab mengapa ramai memilih menggunakan peranti iOS berbanding Android. Tidak mengejutkan peratusan perisian terkini iOS 10 dapat mencecah dua angka dalam masa sehari sedangkan Android Nougat masih di bawah 1% selepas sebelum. Apabila kemas kini dilakukan ia sepatutnya membuatkan peranti beroperasi dengan lebih baik. Lain pula ceritanya bagi sebilangan pengguna yang mengemaskini ke iOS 10.1.1 baru-baru ini.

ios-10-1Sebilangan pengguna merungut mengalami masalah bateri selepas peranti dikemas kini. Bateri digunakan dengan terlalu pantas berbanding versi sebelumnya. Ada yang melaporkan peranti mati secara tiba-tiba apabila mencecah 30% dan hanya boleh dihidupkan semula selepas disambung kepada pengecas. Apabila dicas semula bateri terus melonjak ke 30%. Masalah melanda pengguna iPhone 6S, 6 dan 5S.

Masalah hanya berlaku selepas kemas kini dan ini mungkin bukan masalah sama yang melanda pemilik iPhone di China. Di China Apple menyalahkan penggunaan pengecas tidak rasmi yang menyebabkan litar mengesan caj bateri mengalami kerosakan. Adakah di kalangan pembaca Amanz yang turut terkesan dengan masalah bateri selepas kemas kini iOS 10.1.1?

 


TIPS & ULASAN