Carian
Grab Memperkenalkan Sokongan Prabayar – Tambah Nilai Kredit Dan Menggunakannya Untuk Pembayaran
November 29, 2016 Aman

Grab sebelum ini telah memperkenalkan GrabPay, dan hari ini mereka menambah sebuah fungsi baru yang dinamakan sebagai GrabPad Credits. Melaluinya, ia membolehkan pengguna membuat tambah-nilai ke akaun mereka, dan menggunakan kredit berkenaan pada kemudian hari – seperti mana perkhidmatan prabayar berfungsi.

Pengguna boleh membuat pembelian tambah-nilai dari perbankan atas-talian atau daripada 7Eleven atau Petronas Mesra bermula 5 Disember ini.

GrabPay Kredit

Pengenalan fungsi ini sekaligus memudahkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan – terutamanya membolehkan ibu bapa membelikan kredit untuk anak-anak, atau pada masa yang sama tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika keluar.

Apa pun, pada masa yang sama, bagi kami sendiri, Grab mungkin perlu menggalakkan lebih ramai pemandu menerima pembayaran bukan tunai ini – memandangkan ada sejumlah pemandu yang hanya menerima penumpang yang membayar secara tunai sahaja.

Komen