Bagi para peminat permainan video untuk sukan bola sepak, dua permainan popular adalah FIFA dan juga ProEvolution Soccer. Terkini, penerbit permainan ProEvolution Soccer turut menawarkan permainan mereka secara percuma kepada para pengguna – dalam usaha meningkatkan para pemain yang memainkannya.
Dinamakan sebagai ProEvolution Soccer 2017 Trial Edition, ia menawarkan permainan yang lebih kurang sama, tetapi dengan beberapa kandungan dan fungsi terhad. Walaubagaimanapun, tiada had masa, dan pengguna boleh memainkannya sehingga bila-bila.
Melalui versi ini, pihak pembangunnya dilihat ingin memfokuskan kepada fungsi memainkannya secara atas-talian atau dalam erti kata lain ingin membawa PES2017 sebagai salah satu permainan esukan utama.
Buat versi ini juga, pilihan pasukan adalah terhad, malah mod seperti Master League hanya boleh dimainkan pada versi berbayar sahaja. Tetapi, bagi anda yang ingin memainkannya secara kasual, atau ingin menyertai arena esukan PES 2017, mungkin boleh mendapatkannya.
https://www.youtube.com/watch?v=mEN_3L_qeCY
- Muat-Turun PES 2017 Trial untuk PC