(Ura-Ura) Samsung Galaxy S8 Mungkin Hadir Dengan Kamera Hadapan Yang Menyokong Autofokus

(Ura-Ura) Samsung Galaxy S8 Mungkin Hadir Dengan Kamera Hadapan Yang Menyokong Autofokus

Diterbitkan pada November 30, 2016 oleh .

Dengan peristiwa malang yang menimpa Galaxy Note 7, semestinya kini Samsung lebih tertekan dalam memperkenalkan pelbagai ciri baru melalui Galaxy S8 kelak. Terkini, mengikut salah satu desas-desus baru, ia dikatakan Samsung mungkin mengintegrasikan sokongan autofokus pada kamera hadapan melalui Galaxy S8 kelak.

Penggunaan sokongan autofokus pada kamera belakang bukan sesuatu yang asing pada hari ini, tetapi pada kamera hadapan boleh dikatakan ia tidak begitu diperlukan. Namun, terdapat sejumlah pengguna memberikan fokus yang amat penting dalam mendapatkan peranti dengan sokongan kamera hadapan.

Pada tahun ini sendiri, kita telah melihat beberapa peranti hadir dengan sokongan penstabilan imej optikal terbina pada kamera hadapan, selain turut mempunyai peranti dengan sokongan autofokus di hadapan.

Samsung sebelum ini telah mengintegrasikan sokongan pengimbas mata pada Galaxy Note 7, dan ia tidak diketahui sama ada perkara sama akan hadir pada Galaxy S8 ini ataupun tidak. Sekiranya ya, mungkin sensor kamera hadapan sedikit besar berbanding peranti lain di pasaran.

Bagi anda sendiri, adakah sokongan autofokus pada kamera hadapan penting? Ataupun tidak?


TIPS & ULASAN