Sailfish OS Daripada Jolla Menerima Pengesahan Untuk Digunakan Oleh Kerajaan Russia

Sailfish OS Daripada Jolla Menerima Pengesahan Untuk Digunakan Oleh Kerajaan Russia

Diterbitkan pada November 30, 2016 oleh .

Sailfish OS merupakan salah satu sistem operasi yang berevolusi daripada Meego dan dibangunkan oleh Sailfish. Sebelum ini, masa depannya agak samar-samar, apatah lagi dengan penjualan peranti mereka yang agak merudum. Namun, kini mereka mungkin sedikit gembira, memandangkan mereka telah menerima pengesahan untuk digunakan oleh kerajaan Russia.

Kerajaan Russia mempunyai sejumlah senarai perisian yang boleh digunakan oleh kerajaan, dan menerima pengesahan khusus. Dari segi sistem operasi mudah-alih, Sailfish merupakan satu-satunya, dan dengan kerjasama ini, tidak mustahil untuk kita melihat platform berkenaan berkembang dengan pesat.

Sailfish OS untuk Russia ini akan dibangunkan khusus tetapi masih mengekalkan kod teras yang lain. Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diumumkan untuk pemasaran peranti Sailfish di Russia, tetapi ia dijangka akan berlaku pada 2017 dan mula diuji melalui agensi yang dikawal kerajaan.

Selain Russia, Jolla juga sedang mencuba untuk menambah negara-negara lain dalam mengesahkan sistem operasi Sailfish ini bagi kegunaan kerajaan.


TIPS & ULASAN