MediaTek Bakal Memperkenalkan Cip Pemprosesan Untuk Kenderaan Berautonomi

MediaTek Bakal Memperkenalkan Cip Pemprosesan Untuk Kenderaan Berautonomi

Diterbitkan pada November 30, 2016 oleh .

Kenderaan berautonomi atau kenderaan yang mampu berfungsi secara bersendirian tanpa kawalan telah menjadi salah satu fokus utama pelbagai pengeluar kenderaan, dan juga syarikat teknologi. Seperti biasa, untuk menjana teknologi disebaliknya, cip pemprosesan memainkan salah satu peranan utama, dan MediaTek turut tidak ingin ketinggalan dalam arena berkenaan.

Terkini, MediaTek mengumumkan mereka akan hadir dengan beberapa cip pemprosesan yang diintegrasikan dengan pelbagai ciri-ciri bagi tujuan penggunaan industri automotif seawal suku pertama 2017 kelak.

MediaTek mengatakan ia akan turut menggunakan pembelajaran mesin dalam menambah kejituan dan mengenal-pasti kelajuan – sekaligus membolehkan cipnya membuat keputusan lebih kurang seperti manusia. MediaTek turut mengumumkan mereka akan memberikan fokus dalam data dan sistem berkaitan, termasuk meliputi hab sensor, milimieter wave radar, rangkaian 5G dan juga penglihatan komputer.

MediaTek dijangka berkongsi lanjut mengenainya pada CES 2017 yang bakal diadakan pada awal Januari 2017 ini.


TIPS & ULASAN