Cari @ Amanz

iMac ialah komputer AIO yang rekaannya menjadi ikutan pengeluar PC sejak diperkenalkan pada tahun 2007. Untuk digunakan Ia hanya perlu dikeluarkan dari kotak, disambung kepada sumber kuasa dan peranti input. Beberapa iterasi rekaan dilakukan dan iMac kini kelihatan semakin nipis tetapi masih mempunyai spesifikasi yang baik. Pengguna iMac  27″ yang dihasilkan di antara Disember 2012 sehingga Julai 2014 melaporkan masalah pada engsel komputer mereka.

Engsel tidak lagi mampu menahan berat mengakibatkan skrin tertunduk sepanjang masa. Masalah berlaku kerana komponen plastik pada engsel boleh laras ini mengalami kerosakan kerana menahan berat skrin. Kos membaik pulih mencecah $100 (~RM 450) di Amerika Syarikat. Apple kini mengumumkan akan membayar ganti rugi kepada pemilik yang mengalami masalah ini. iMac yang masih belum menunjukkan masalah ini boleh dibaiki secara percuma dan menerima jaminan selama lima tahun bermula dari tarikh pembelian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd