Carian
Menonton Iklan Sebagai Ganti Tiket Kenderaan Pengangkutan Awam Boleh Dilakukan Di Dusseldorf
November 30, 2016 Effi Saharudin

Google, Facebook dan YouTube ialah perkhidmatan “percuma” yang amat popular. Anda tidak perlu mengeluarkan yuran untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan laman-lama ini. Idea penggunaan “percuma” kini digunapakai pada pengangkutan awam di Dusseldorf Jerman. Aplikasi WelectGo dimuat turun pada peranti pintar penumpang sebagai pengganti kepada tiket untuk menaiki bas dan keretapi.

welectgo-jerman-tiket-iklan-1Mereka hanya perlu menonton empat iklan sepanjang 20 saat sebagai ganti kepada sebuah e-tiket bernilai  € 2.60 (~RM 13). Pihak WelectGo menjual ruangan iklan pada aplikasi mereka dan kutipan iklan digunakan untuk menaja tambang “percuma” penumpang. Kami katakan “percuma” kerana WelectGo akan berkongsi maklumat nama, jantina, tarikh lahir dan alamat emel dengan pelanggan mereka untuk tujuan pengiklanan. Dengan ini lebih banyak iklan yang lebih relevan boleh disasarkan kepada penumpang.

Model ini sudah digunakan oleh Facebook dan Google sejak sekalian lama. Idea menggunakannya untuk pengangkutan awam ini adalah bernas asalkan anda tidak paranoid maklumat peribadi anda diperdagangkan untuk tujuan pengiklanan. Sekiranya sistem yang sama wujud di Malaysia, adakah anda akan menggunakannya?

Komen