Hill Climb Racing 2 Sedia Dimuat-Turun Untuk Android – Kini Boleh Dimainkan Bersama Rakan-Rakan

Hill Climb Racing 2 Sedia Dimuat-Turun Untuk Android – Kini Boleh Dimainkan Bersama Rakan-Rakan

Diterbitkan pada November 30, 2016 oleh .

Hill Climb Racing merupakan salah satu permainan lumba kereta kasual yang turut mengambil-kira hal berkaitan fizik ketika mengawal kenderaan naik dan turun bukit. Terkini, pembangunnya turut telah hadir dengan permainan generasi kedua untuknya, dinamakan sebagai Hill Climb Racing 2.

Melalui generasi kedua permainan ini, salah satu perkara baru yang dibawakan adalah kebolehan multi-player, dimana anda boleh bersaing dengan rakan-rakan lain melaluinya.

Grafik juga ditambah-baik, selain pilihan lebih banyak kenderaan, dan kebolehan mengubah-suai dan menaik-taraf enjin, tayar dan sebagainya.

Permainan ini ditawarkan secara percuma, tetapi hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya hari ini untuk peranti Android.

Muat-Turun Hill Climb Racing 2 untuk Android


TIPS & ULASAN