Humble Tycoon Simulator Bundle Menawarkan Permainan Seperti Train Simulator Dan RollerCoaster Tycoon

Humble Tycoon Simulator Bundle Menawarkan Permainan Seperti Train Simulator Dan RollerCoaster Tycoon

Diterbitkan pada November 30, 2016 oleh .

Bagi para peminat permainan berbentuk simulasi, nama permainan seperti RollerCoaster Tycoon bukan sesuatu yang asing lagi. Kini, anda yang berminat untuk memainkannya kembali mungkin boleh menyemak penawaran terbaru daripada Humble Bundle.

Melalui Humble Tycoon Simulator Bundle, sejumlah permainan berbentuk simulasi ditawarkan. Pada harga pembayaran yang ditentukan anda (serendah $1), anda akan menerima permainan Train Simulator 2016, RollerCoaster Tycoon : Deluxe, dan juga Out of the Park Baseball 17.

Humble Bundle Tycoon Simulator

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan lebih banyak permainan, boleh membuat pembayaran purata, dan akan menerima permainan Democracy 3, Car Mechanic Simulator 2015, dan juga Big Pharma.

Dan dengan membuat pembayaran sekurang-kurangnya $12, pengguna turut akan menerima permainan Youtubers Life.

Untuk para peminat permainan berbentuk simulasi, semestinya penawaran ini akan disukai anda, dan boleh mendapatkannya melalui Humble Bundle hari ini.

Layari : Humble Bundle


TIPS & ULASAN