Uber Menawarkan Perkhidmatan Di Seremban Bermula 1 Disember 2016

Uber Menawarkan Perkhidmatan Di Seremban Bermula 1 Disember 2016

Diterbitkan pada November 30, 2016 oleh .

Uber agak aktif akhir-akhir ini, dimana selain memperkenalkan fungsi baru pada aplikasi mereka, Uber juga giat memperluaskan penawaran mereka di pelbagai bandar baru di Malaysia. Selepas memperkenalkan perkhidmatan di Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu dalam beberapa bulan ini, hari ini Uber mengumumkan mereka akan memulakan penawaran di Seremban bermula 1 Disember 2016.

Untuk permulaan, Uber akan menawarkan UberX di Seremban. Caj untuk UberX dikira berdasarkan gabungan jarak dan masa. Uber mengenakan caj 60 sen untuk setiap kilometer, dan 25 sen untuk setiap minit.

Bagi anda yang berada di Seremban, anda sudah boleh membuat tempahan Uber di sana bermula esok, dan membuat pembayaran menggunakan kad kredit ataupun tunai.


TIPS & ULASAN