Cari @ Amanz

Google sebelum ini melalui Street View telah memperlihatkan penggunaan selang masa, sekaligus menonton pergerakkan dan perubahan di sesuatu kawasan dari tahun ke tahun. Kini, dengan konsep yang lebih kurang sama, Google memperkenalkan Google Earth Timelapse yang meliputi imej satelit selama lebih kurang 32 tahun.

Google Earth Timelapse

Melalui Google Earth Timelapse yang diumumkan hari ini, Google menawarkan imej rakaman satelit daripada 1984 sehingga 2016. Sebelum ini, Google hanya menawarkan data sekitar sehingga 1988 sahaja.

Pelbagai lokasi diliputi oleh Google, termasuk Malaysia. Seperti pada Google Maps, pengguna boleh zum gambar dan melihat ia dengan jarak lebih dekat untuk melihat perubahan di sesuatu kawasan. Google secara automatik akan menganimasikan paparan dalam memudahkan pengguna melihat sesuatu perubahan dengan baik. Selain itu, Google juga turut menyediakan beberapa video pendek dalam memperlihatkan perubahan yang berlaku di pelbagai bandar utama seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd