Pada aplikasi YouTube, mungkin ramai sedia maklum akan fungsi mengapungkan video, dimana apabila anda keluar daripada video berkenaan, dan ingin melihat senarai video lain, video yang dimainkan sebelumnya diapungkan pada penjuru bawah bagi membolehkan anda terus menontonnya. Kini, Facebook turut dilihat menawarkan fungsi lebih kurang sama pada aplikasi mereka.
Pada aplikasi Facebook, apabila anda tap pada sebarang video, ia kini memaparkan sebuah ikon kecil yang membolehkan anda membuat video berkenaan dimainkan dalam sebuah pop-up kecil diluar. Ini mungkin sangat membantu sekiranya anda sedang mengikuti siaran langsung Facebook Live, atau mengikuti video berbentuk podcast dan pada masa yang sama ingin melayari Facebook.
Bagi anda yang sering menghabiskan masa yang lama di Facebook, mungkin boleh mencuba fungsi ini hari ini. Daripada pengamatan kami, ia telah sedia terdapat pada aplikasi Facebook di iOS dan juga Android.