Netflix Memperkenalkan Sokongan Muat-Turun Dan Tonton Secara Tanpa Talian Internet

Netflix Memperkenalkan Sokongan Muat-Turun Dan Tonton Secara Tanpa Talian Internet

Diterbitkan pada November 30, 2016 oleh .

Netflix hari ini telah mula memperkenalkan sokongan baru pada aplikasi Android dan iOS mereka, dimana mereka kini membolehkan para pengguna untuk memuat-turun sesuatu siri televisyen atau filem, dan menontonnya tanpa perlu menggunakan talian internet.

Netflix Download

Dengan kebolehan muat-turun, ia membolehkan anda muat-turun kandungan kegemaran menggunakan WiFi atau data dan menontonnya tanpa data – sebagai contoh ketika dalam penerbangan. Netflix menawarkan muat-turun dalam dua resolusi, sama ada Standard atau High

Sokongan ini dilihat ditawarkan untuk sejumlah siri televisyen dan filem yang diterbitkan oleh Netflix buat masa ini, dan dijangka akan diperluaskan untuk pelbagai kandungan lain pada masa akan datang.

Bagi anda yang menggunakan Netflix pada Android atau iOS, anda kini boleh mengemaskini aplikasi mudah-alih anda dan menikmati sokongan muat-turun dan tonton tanpa data ini.

Netflix Download


TIPS & ULASAN