Cari @ Amanz

Pada acara ucaptama AWS re:Invent 2016, Andy Jassy, CEO AWS telah berkongsi mengenai teknologi terbaru yang tersedia pada perkhidmatan perkomputeran awan mereka. Untuk Compute, sejumlah 7 perkhidmatan baru tersedia untuk digunakan oleh pengguna seawal hari ini.

T2 Yang Lebih Besar

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_002719

Komponen T2 kini telah ditambah pilihan kapasitinya, membolehkan lebih banyak memori tersedia untuk digunakan dan juga dengan cip pemprosesan maya yang lebih banyak bagi menampung keperluan pengguna. Malah terdapat pilihan 4 vCPU (virtual CPU) dan juga 8 vCPU.

R4 Pada Skala Perusahaan

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_002808

Berbeza dengan T2, pilihan R4 adalah lebih disasarkan kepada perusahaan, dan menggunakan kapasiti yang jauh lebih banyak. Untuk R4 yang terbaru, ia mempunyai 488GiB, menggunakan RAM DDR4, dan 64 vCPU.

C5

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_002949

Jika anda lebih memerlukan pelayan tahap perusahaan (Enterprise class) anda pastinya memerlukan pemproses Intel Xeon. C5 merupakan pilihan terbaru dengan 72 vCPU dan 12Gbps-to-EBS dan juga menggunakan cip Skylake. Perkhidmatan ini akan diwujudkan pada awal 2017.

I3

Bagi perkhidmatan yang menggunakan banyak transaksi I/O (input-output), I3 merupakan variasi terbaru yang boleh menghantar 3.3 juta transaksi per-saat pada saiz 4KB setiap blok.

F1

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_003641

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_003654

Kebiasaannya sesuatu pemprosesan yang menggunakan hardware acceleration menggunakan kos yang tinggi, yang mungkin tidak mampu dimiliki lebih-lebih jagi jika startup anda baru sahaja bermula. F1 Instances yang boleh digunakan pada EC2 boleh diprogramkan mengikut kehendak pengaturcara, dalam melakukan pelbagai operasi. Sekiranya seseorang ingin menjalankan proses video encoding, maka instance F1 ini sesuai untuk anda.

Elastic GPU For EC2

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_003153

Jika anda biasa dengan Elastic, kini pilihan terbaru perkhidmatan tersebut adalah Elastic GPU dengan hardware acceleration. Dengan perkhidmatan sebegini, sekiranya anda mencipta sesuatu aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang lebih tinggi berkaitan dengan grafik atau pengimejan, Elastic GPU boleh diintegrasikan pada aplikasi anda.

Amazon Lightsail

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_003429

Jika anda ingin menjalankan Virtual Private Server menggunakan AWS, kini mereka menyediakan Amazon Lightsail. Malah bayarannya pula hanyalah serendah 5 USD sebulan, dan membolehkan pengguna mencuba sesuatu.


Dengan ketujuh-tujuh fungsi baru ini, lebih banyak pilihan yang tersedia untuk pengguna melakukan pelbagai pemprosesan mengikut keperluan projek. Seperti perkhidmatan AWS yang lain, ia ditawarkan pada harga yang berkadaran, sekaligus membolehkan startup mencubanya dengan pantas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd