Cari @ Amanz

Benda terbaik di dunia ialah benda yang percuma. Sempena ulang tahun ke-30 mereka, Ubisoft menawarkan muat turun percuma ke atas beberapa permainan popular. Bulan lalu mereka menawarkan Farcry Blood Dragon. Pada 7 Disember hadapan permainan Assassin’s Creed III versi PC pula ditawarkan.

,

Muat turun perlu dilakukan menerusi aplikasi Uplay. Seperti Blood Dragon pengguna hanya perlu mendaftar kepada perkhidmatan ini untuk menerima permainan secara percuma. Assassin’s Creed membawa pemain ke benua Amerika Utara ketika perang kemerdekaan Amerika menentang British.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd