Pengguna Pixel Dan Pixel XL Melaporkan Masalah Aplikasi Kamera

Pengguna Pixel Dan Pixel XL Melaporkan Masalah Aplikasi Kamera

Diterbitkan pada Dis 1, 2016 oleh .

Peranti Google Pixel dan Pixel XL dijangka dijual sebanyak 5 Juta unit sepanjang 2017 menurut firma Morgan Stanley. Pengguna di Malaysia masih menanti dengan penuh sabar pelancaran peranti buatan sepenuhnya Google ini. Ia sudah dijual di beberapa pasaran antarabangsa beberapa minggu yang lalu. Kini pengguna peranti versi antarabangsa ini melaporkan masalah pada aplikasi kamera.

google-pixel-xl-kamera-problem-2Apabila aplikasi dibuka, skrin bertukar menjadi warna ungu dan terdapat garisan aneh. Ini membuatkan kamera tidak dapat digunakan untuk mengambil gambar. Menggunakan aplikasi kamera lain tidak menyelesaikan masalah yang agak serius ini. Google masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah kamera terkini ini.

Sebelum ini pengguna merungut dengan masalah lens flare setiap kali gambar diambil. Diharap kesemua masalah dapat diselesaikan sebelum pelancaran rasmi di Malaysia.


TIPS & ULASAN